Mengenal Golongan Darah
Posted
by zhaponk, 20 Mei 2019.
Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena
adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah
merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO
dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis
antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang dijumpai. Transfusi
darah dari golongan yang tidak kompatibel dapat menyebabkan reaksi transfusi
imunologis yang berakibat anemia hemolisis, gagal ginjal, syok, dan kematian.
Golongan darah manusia ditentukan berdasarkan jenis antigen dan
antibodi yang terkandung dalam darahnya, sebagai berikut:
* Individu dengan golongan darah A memiliki sel darah merah dengan
antigen A di permukaan membran selnya dan menghasilkan antibodi terhadap
antigen B dalam serum darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah A-negatif
hanya dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah A-negatif atau
O-negatif.
* Individu dengan golongan darah B memiliki antigen B pada permukaan
sel darah merahnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen A dalam serum
darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah B-negatif hanya dapat menerima
darah dari orang dengan dolongan darah B-negatif atau O-negatif
* Individu dengan golongan darah AB memiliki sel darah merah dengan
antigen A dan B serta tidak menghasilkan antibodi terhadap antigen A maupun B.
Sehingga, orang dengan golongan darah AB-positif dapat menerima darah dari
orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut resipien universal. Namun,
orang dengan golongan darah AB-positif tidak dapat mendonorkan darah kecuali
pada sesama AB-positif.
* Individu dengan golongan darah O memiliki sel darah tanpa antigen,
tapi memproduksi antibodi terhadap antigen A dan B. Sehingga, orang dengan
golongan darah O-negatif dapat mendonorkan darahnya kepada orang dengan
golongan darah ABO apapun dan disebut donor universal. Namun, orang dengan
golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari sesama O-negatif.
Secara umum, golongan darah O adalah yang paling umum dijumpai di
dunia, meskipun di beberapa negara seperti Swedia dan Norwegia, golongan darah
A lebih dominan. Antigen A lebih umum dijumpai dibanding antigen B. Karena
golongan darah AB memerlukan keberadaan dua antigen, A dan B, golongan darah
ini adalah jenis yang paling jarang dijumpai di dunia.
Ilmuwan Austria, Karl Landsteiner,
memperoleh penghargaan Nobel dalam bidang Fisiologi dan Kedokteran pada tahun
1930 untuk jasanya menemukan cara penggolongan darah ABO.
Darah adalah tisu perantara yang
terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan
dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam
sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah
bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.
Darah manusia adalah secair tisu; fungsi utamanya adalah
mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga
membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai
bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman.
Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.
Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen
kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin,
protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme,
tempat oksigen bergabung.
Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam
otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh
oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran
halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui
vein.
Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia
asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan
sebagai air kencing.
Komposisi
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel corpuscles; yang
membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah,
cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:
* sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak
mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi
biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah
merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
* Platelet atau thrombokytes (0.6 – 1.0%), bertanggungjawab untuk
pembekuan darah.
* Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian
daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.
Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-
* albumin
* bahan pembekuan darah
* immunoglobin (antibodi)
* hormon
* pelbagai jenis protein
* pelbagai garam
Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri
alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.
Kesihatan
Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah.
Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. The thrombocytes
menyebabkan darah membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu
dirawat dengan segera untuk menghalang exsanguination. Kerosakan pada organ
dalaman boleh menyebabkan luka dalaman yang teruk atau hemorrhage.
hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan
berfungsi “disfungsi” dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Ini menjadikan
luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis,
atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.
Leukemia merupakan kumpulan barah tisu pembentuk darah.
Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti
semasa pembedahan), dan juga sesetengah penyakit darah seperti anemia dan
thalassemia, memerlukan pemindahan darah. Beberapa buah negara mempunyai bank
darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan darah. Penerima darah perlu
mempunyai jenis darah serasi dengan penderma.
Darah merupakan cara “vektor” penjangkitan. Salah satu contoh
penyakit bawaan darah yang diketahui ramai adalah AIDS, yang mana virus HIV,
dipindahkan melalui sentuhan antara darah dengan darah, air mani “sperma”, atau
cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh jangkitan melalui darah,
objek berdarah dianggap ancaman bio “biohazard”.
Tekanan darah merupakan alat diagnostik yang penting.
Penghasilan dan penguraian sel darah
Bagi haiwan bertulang belakang, pelbagai sel darah dihasilkan dalam
sum-sum tulang dalam proses yang dikenali sebagai hematopoiesis, yang
merangkupi erythropoiesis, penghasilan sel darah merah; dan myelopoiesis,
penghasilan sel darah putih dan platelet. Semasa kanak-kanak, hampir semua
tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel
darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang,
tulang dada (sternum), tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan
kaki. Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjar thymus, yang terdapat di
mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan lymphocytes.[1] Komponen
darah berprotin (termasuk protin pembekuan) kebanyakannya dihasilkan oleh hati,
sementara hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrine dan peratusan air dikawal
oleh hypothalamus dan dikekalkan oleh buah pinggang.
erythrocytes yang sihat mempunyai hayat plasma sekitar 120 hari
sebelum ia diurai oleh limpa, dan oleh sel Kupffer dalam hati. Hati turut
menyingkirkan sesetengah protein, lipid, dan asid amino. Buah pinggang secara
aktif menyingkirkan bahan buangan melalui air kencing.
Kepercayaan mengenai darah
Disebabkan kepentingan darah kepada kehidupan, darah dikaitkan
dengan beberapa kepercayaan. Salah satu kegunaan darah yang asas adalah sebagai
simbol pertalian keluarga; “pertalian darah” beerti mempunyai kaitan melalui
leluhur dan bukannya melalui ikatan perkahwinan.
Penganut Kristian percaya bahawa wain Eucharist adalah atau
melambangkan darah Yesus Kristus yang ditumpahkan untuk keselamatan (salvation)
mereka.
Vampire adalah makhluk fiksyen yang dipercayai terus hidup dengan menghisap
darah orang yang masih hidup. Dalam teori zaman pertengahan “medieval” salah
satu dari empat unsur badan, darah dikaitkan dengan unsur api dan riang dan
pelahap yang dikenali sebagai mempunyai perwatakan (sanguine).
Darah haiwan bukan manusia
Dalam serangga, darah (secara tepatnya dikenali sebagai hemolymph)
tidak terbabit dalam pengedaran oksigen. (Bukaan dikenali sebagai trakhea
membenarkan oksigen dari udara untuk meresap secara langsung ke tisu). Darah
serangga mengangkut zat ke tisu dan menyingkirkan bahan kumuhan.
Dalam haiwan lain, fungsi utama darah ialah mengangkut oksigen dari
paru-paru atau insang ke tisu. Dalam sesetengah haiwan invertebrata kecil,
oksigen hanya meresap kedalam plasma. Semua haiwan lain menggunakan pritin
pernafasan untuk meningkatkan keupayaan mengangkut oksigen. Hemoglobin
merupakan protin pernafasan paling berkesan secara semulajadi. Hemokyanin
(biru) mengandungi tembaga dan digunakan dalam haiwan krustakean. “Sea squirt”,
antara haiwan laut, menggunakan vanadium khromagen (hijau muda, biru, atau
kuning bata “oren”) untuk pewarna pernafasaan.
Dalam invertebrata, protin pembawa oksigen terlarut bebas dalam
darah; dalam vertebrata protin pembawa oksigen terkandung dalam sel darah merah
khusus, membenarkan kepekatan lebih pewarna pernafasan tanpa peningkat
kepekatan darah.
Darah diguna makanan
Ada budaya yang masak dan makan darah
haiwan. Puding darah dan sosej darah dimakan di England dan Sweden. Yahudi
dilarang campur keju dan darah kerana begini macam campur hidupan dan mati
(lihat: kosher). Islam haramkan makan darah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar